Friday 18 February 2011

Rekacipta t3


Add caption





"LDP Panitia Kemahiran Hidup SMKBJ"

PROGRAM SEMINGGU UNTUK BENGKEL


1.0 RASIONAL
Hari pengemaskinian bengkel diadakan bagi mengemas bengkel-bengkel kemahiran hidup di SMKBJ. Pengemaskinian bengkel dikendalikan oleh guru bengkel masing-masing. Setiap bengkel akan dikemaskini dari sudut fail pelajar, pengiraan stok, dan kebersihan.

2.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini guru akan dapat:-
2.1meningkatkan keberkesanan pengurusan bengkel di SMKBJ
2.2memastikan keadaan bengkel dalam keadaan bersih dan selamat
2.3memastikan pengurusan stok bengkel teratur dan tersusun.

3.0 TARIKH
30 Ogos 2010- 3 September 2010

4.0 TEMPAT
Bengkel kemahiran hidup

5.0 PENGISIAN
5.1program dikendalikan oleh Puan Aimi dan Pn.Ong.
5.2Pn.Ong akan memantau dari aspek kebersihan dan keceriaan bengkel. Bengkel yang masih tidak dikemaskan atau berada dalam keadaan tidak mengikut piawai yang ditetapkan akan diambil tindakan lanjut.
5.3Pn.Aimi pula bertanggungjawab mengemaskini pengiraan stok bengkel. Setiap guru perlu menyerahkan pengiraan stok bengkel kepada Pn.Aimi untuk diselaraskan.
5.4Program yang berjalan selama satu minggu ini diadakan mampu untuk memberi tanggungjawab kepada para guru mengenai tugas penjagaan bengkel masing-masing.



5.5Guru yang bertanggungjawab atas bengkel masing-masing iaitu:
Pn.Aimi Humairah Hamzah
Bilik jahitan 1
Pn.Ong Kim Cheng
Bilik jahitan 2
Pn. Lee Sok Hoon
Bilik Masakan
Cik Rosaini bt Ab Rasid
Bengkel Kemahiran Hidup 1
En Ade Izlan b Abu Bakar
Bengkel Kemahiran Hidup 2
En Mohamed Anwar b Mohamed Farook
Bengkel Kemahiran Hidup 3
En Jasmin b Md Aris
Bengkel Kemahiran Hidup 4

Thursday 17 February 2011

" Inovasi"

 Assalamualaikum,
Salam 2011, Salam 1 Malaysia.

Tahun ini azam mesti baru, sebagai seorang guru setiap tahun mesti nak tengok anak muridnya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak kira UPSR,PMR,SPM  mahu pun STPM.

Alhamdulillah tahun lepas 92 orang pelajar cikgu dapat keputusan A dalam Kemahiran Hidup(KH) Ekonomi rumahtangga pada PMR. cuma 8 orang yang mendapat B. Tahun ini harap semuanya dapat keputusan A.

Disebabkan tahun makin mencabar, cikgu nak lakukan sedikit inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. murid boleh peroleh nota daripada laman web ini dan menjawab soalan melalui klinik KH.